Saturday, June 8, 2013

KW Group Anjur Sidang Kemuncak Perdagangan Dan Logistik Halal Global Ke-2

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- KW Group Sdn Bhd akan menganjurkan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Logistik Halal Global Ke-2 untuk menghadapi cabaran sebenar menghasilkan produk halal dengan jaminan integriti halal.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=954662
Published: Jun 08, 2013

Program selama dua hari yang akan berlangsung di sini mulai 17 Jun itu, akan menghimpunkan peserta dari sektor-sektor dalam rantaian nilai halal termasuk kerajaan, pengeluar, pembekal serta organisasi logistik dan perindustrian, katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Wong Lai Sum, dijadualkan menyampaikan ucaptama pada acara itu.

Sidang kemuncak itu juga akan menampilkan penceramah-penceramah serta ahli-ahli panel tempatan dan antarabangsa termasuk dari India, Afrika Selatan, Indonesia dan Pakistan.

KW Group berkata edisi ketiga program ini akan diadakan di Dubai dari 22 hingga 23 Oktober, 2013.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.kwhalal.com

-- BERNAMA 

No comments: