Wednesday, June 26, 2013

Lebih 400 Pasar Raya Sertai Minggu PKS 2013

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Lebih 400 pasar raya di seluruh negara akan menyertai Minggu PKS 2013, yang mengetengahkan produk terbaik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Datuk Hafsah Hashim.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/408-pasar-raya-pamer-produk-pks-1.175843
Published: Jun 26, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sokongusahawankecil/Article/index_html
Published: Jun 26, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=958837
Published: Jun 26, 2013

408 pasar raya pamer produk PKS
Dari kiri: Pengerusi SME Corp Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul 
Majid, Hamim dan Hafsah mencuba produk di gerai sempena Minggu PKS.

Beliau berkata antara pasar raya yang mengambil bahagian ialah Mydin, Aeon, Tesco, Giant, Aeon Big, The Store dan KK Mart.

Minggu PKS ialah acara tahunan yang berlangsung di seluruh negara pada minggu keempat Jun setiap tahun. Semua kementerian dan agensi menyelaraskan program dan aktiviti berkaitan PKS di sepanjang minggu bagi menyokong kempen ini.

"Tahun ini, Minggu PKS 2013 akan menggabungkan pelbagai acara menarik seperti hari terbuka, bicara saku, satu pesta maklumat, khidmat nasihat perniagaan, demonstrasi produk, pameran, promosi mengenai dana Syariah di Pasar Tani Mega," kata Hafsah pada pelancaran Minggu PKS 2013 di sini hari ini.

Bertema 'Perniagaan Kecil, Idea Besar', acara itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri.

Hafsah berkata kempen itu bermatlamat menarik PKS menyertai dan memperoleh maklumat mengenai bantuan perniagaan yang ditawarkan, menyokong khidmat nasihat perniagaan dalam membantu mereka mewujudkan dan mengembangkan perniagaan.

Minggu PKS 2013 juga merupakan platform untuk mempromosi kesedaran menggemai produk dan perkhidmatan PKS, mengetengahkan produk dan perkhidmatan, menyalurkan maklumat mengenai PKS dan memperkukuh budaya keusahawanan.

-- BERNAMA

No comments: