Friday, June 14, 2013

Matrade galak PKS ke Bahrain

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam meneroka pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menerusi Bahrain, terutama dalam industri makanan halal.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/matrade-galak-pks-ke-bahrain-1.170506
Published: Jun 14, 2013

Dzulkifli Mahmud
          Dzulkifli Mahmud

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Eksport Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, peluang perniagaan di Bahrain terbuka bukan sahaja kepada syarikat pemain utama dalam negara tetapi juga PKS.

“Antara sektor yang diberi keutamaan kepada pelaburan PKS di Bahrain adalah produk makanan dan minuman halal,” katanya semasa sidang media sempena seminar peluang perniagaan dan pelaburan di Bahrain, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurutnya, Bahrain adalah pasaran penting bagi Malaysia dan rakan niaga keenam terbesar di Timur Tengah selepas Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Qatar, Oman dan Kuwait.

Katanya setakat ini, terdapat 10 syarikat Malaysia yang aktif menjalankan perniagaan di Bahrain melibatkan sektor loji kuasa, pembinaan, kewangan Islam, teknologi maklumat dan francais, tidak termasuk syarikat yang menjalankan aktiviti eksport.

Matrade menyasarkan lima lagi syarikat tempatan akan beroperasi di Bahrain dalam dua atau tiga tahun akan datang.

Berhubung seminar itu, Dzulkifli berkata, ia dibuat untuk menyampaikan maklumat perniagaan terkini kepada usahawan Malaysia, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai peluang eksport ke Bahrain.

Menurutnya, seminar itu juga akan memberi peluang usahawan yang berminat membuat padanan perniagaan bersama wakil Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain.

No comments: