Thursday, June 6, 2013

Sasar 1,000 penyertaan PKS

PENGANJUR Kongres Malaysia SME 2013, Malaysia SME menyasarkan 1,000 penyertaan daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan berlangsung 3 Julai ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia SME, Wayne Lim berkata, kongres yang memasuki tahun kelima ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sasar-1-000-penyertaan-pks-1.167902
Published: Jun 06, 2013

Sasar 1,000 penyertaan PKS
Wayne Lim (empat, kanan) bersama wakil penaja Kongress 
Malaysia SME 2013, selepas pelancarannya, semalam.

“Tahun ini kami turut membawakan tiga penceramah daripada industri hiburan dan pengangkutan yang akan berkongsi kisah di sebalik kejayaan mereka bersama peserta kongres itu nanti.

“Selain itu, ketika kongres tersebut diadakan, ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada syarikat PKS untuk memasarkan produk mereka,” katanya selepas pelancaran Kongres Malaysia SME 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, berikutan permintaan daripada peserta pada tahun lalu, penceramah tahun lalu juga akan menjalankan sesi pemantauan pada kongres yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Katanya, kongres yang diadakan bertujuan untuk memberi galakan kepada syarikat PKS untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa dan tempatan.

Tiga penceramah yang akan terlibat adalah Pengasas Fly Entertaiment Singapura, Irene Ang; Pengarah Urusan Enfiniti Production, Datin Seri Tiara Jacquelina dan Pengasas Skybus Venture Sdn Bhd, Chris S Thiagarajah.

Lim berkata, kongres itu juga akan menjadi rangkaian terbesar bagi syarikat PKS dalam negara dan penyertaan adalah percuma.

No comments: