Sunday, June 23, 2013

Kerjasama Rapat Antara Kerajaan Dan ACCCIM Penting, Kata Mustapa

KUCHING, 22 Jun (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini memuji Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) kerana menjadi jambatan yang cemerlang menghubungkan antara kerajaan dan syarikat-syarikat Cina Malaysia.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=958018
Published: Jun 21, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130624/ek_02/ACCCIM-digesa-terus-jalin-hubungan-baik-dengan-kerajaan
Published: Jun 24, 2013

Beliau melahirkan rasa terima kasih kepada ACCCIM kerana membantu memacu ekonomi negara dan mempromosikan perniagaan Malaysia di seberang laut.

"Kita mesti ketepikan perbezaan politik kita dan memberi tumpuan kepada apa yang kita cintai iaitu negara kita dan memberikan keutamaan paling penting iaitu ekonomi kita," kata beliau ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan ACCCIM di sini hari ini.

Mustapa berkata Malaysia telah menarik RM49.3 bilion pelaburan yang diluluskan dalam suku pertama tahun ini dan ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama ACCCIM.

"Kita telah lihat hasil yang cemerlang. Sekiranya kita bekerjasama, sudah pasti kita akan capai keputusan yang jauh lebih baik. Kita perlu bekerjasama untuk meningkatkan ekonomi, untuk mewujudkan kekayaan dan kerja bergaji tinggi.

"Sekiranya semua kaum berganding bahu, ia akan membawa negara ke kemuncak baharu. Itu sebabnya mengapa konsep 1Malaysia itu penting. Negara akan hanya boleh bergerak ke hadapan sekiranya kita bekerjasama,' kata beliau.

"Sebagai seorang menteri, hasrat saya ialah untuk melihat prospek ekonomi negara bertambah baik. ACCCIM dan setiap daripada anda akan terus berjaya dengan pencapaian yang lebih baik dalam perniagaan anda," katanya.

-- BERNAMA 

No comments: