Sunday, June 9, 2013

MIFF Marketing Sedia Perkhidmatan 'Samak' Kepada Labuan Halal Hub

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- MIFF Marketing Sdn Bhd menandatangani perjanjian usaha sama (JV) dengan Labuan Halal Hub Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan 'samak', pembersihan yang mematuhi Syariah.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130610/ek_03/MIFF--kerjasama-dengan-Labuan-Halal-Hub-sediakan-perkhidmatan-samak-stabil-minggu-depan
Published: Jun 10, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=954847
Published: Jun 09, 2013

Dalam satu kenyataan Sabtu, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) berkata syarikat JV, MIFF-LHH Port Sdn Bhd, ditubuhkan dengan MIFF Marketing menguasai 70 peratus manakala Labuan Halal Hub selebihnya.

"Projek berkenaan akan dimulakan dengan segera dan perkhidmatan samak akan termasuk pembersihan dapur atau kawasan memasak di kapal dengan sasaran 700 kapal sebulan," katanya.

MTDC, syarikat milik penuh Khazanah Nasional Malaysia, menjalankan perniagaan pengurusan geran dan perkhidmatan nasihat. Ia turut mengurus pusat teknologi.

MIFF Marketing, penerima Dana Permulaan Perniagaan kerajaan di bawah MTDC, mengeluarkan serbuk tanah liat inovatif dikenali CLAYMIFF, yang dimajukan Universiti Putra Malaysia dan digunakan secara meluas dalam industri halal Malaysia.

-- BERNAMA

No comments: