Wednesday, June 26, 2013

MAPEM Tubuh Pasukan Petugas Bincang Isu Ekonomi Melayu

SHAH ALAM, 25 Jun (Bernama) -- Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Malaysia (MAPEM) akan menubuhkan Pasukan Petugas bagi membincangkan perkara yang perlu dilaksanakan melalui Belanjawan 2014 termasuk bantuan kepada usahawan dan peniaga Melayu yang berpusat di kawasan luar bandar.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MAPEMtubuhbadankhasbelapeniagaMelayu/Article
Published: Jun 26, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=958852
Published: Jun 26, 2013

MAPEM tubuh badan khas bela peniaga Melayu
Rozali (tengah) mengadakan sidang media selepas mempengerusikan 
Mesyuarat Agung MAPEM pertama di Shah Alam.

Presiden MAPEM, Tan Sri Rozali Ismail, berkata peniaga Bumiputera masih gagal menguasai ekonomi dan ia dikhuatiri menimbulkan jurang ekonomi berbanding kaum lain menjelang 2020.

Katanya, memang menjadi tanggungjawab MAPEM untuk terus membantu peniaga Bumiputera supaya mampu bersaing dalam perniagaan sekali gus mencapai penguasaan ekonomi negara sehingga 60 peratus.

Gagal kuasai ekonomi

“Kami semakin khuatir dengan keadaan peniaga Melayu dan Bumiputera kerana walaupun dengan pelbagai insentif yang diketengahkan, golongan ini masih gagal menguasai ekonomi.

“Sehingga kini, kami difahamkan pegangan ekonomi golongan Bumiputera adalah di bawah paras 30 peratus. Oleh itu, pasukan khas ditubuhkan untuk melihat perkara yang perlu dilaksanakan dalam Bajet 2014,” katanya kepada media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Agung MAPEM pertama di Shah Alam, semalam.

Rozali berkata, pasukan khas itu akan dianggotai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Bumiputera serta diterajui oleh pakar ekonomi.

Katanya, MAPEM juga dalam perancangan untuk membuka cawangannya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, bagi menyediakan ruang kepada usahawan Melayu dan Bumiputera menyuarakan pendapat.

“Selepas mesyuarat agung yang diadakan hari ini (semalam), kami akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan setiap ahli MAPEM.

Kongres Oktober

“Selain membuka cawangan dan mengenalpasti bentuk bantuan yang mereka inginkan, kemuncak kepada siri jelajah itu ialah satu kongres yang akan diadakan Oktober depan,” katanya.

Beliau berkata, MAPEM kini sedang mensasarkan peningkatan pembabitan usahawan Bumiputera dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, PKS seharusnya bersifat kreatif dan perlu mempunyai peluang pasaran tinggi serta tidak terhad kepada menjual barangan seperti kerepek dan kicap saja.

No comments: