Friday, January 18, 2013

Tingkat kepakaran bidang aeroangkasa

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur: Rafale International, syarikat usaha sama yang dibentuk daripada tiga syarikat aeroangkasa membuka peluang kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk menjalin kerjasama secara timbal balik (off set) dalam industri berkenaan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tingkatkepakaranbidangaeroangkasa//Article/index_html
Published: January 18, 2013

Pengarah Projek Rafale Malaysia Daniel Fremont berkata, pihaknya memberi peluang kepada syarikat tempatan yang berminat menjalankan kerjasama dalam industri penerbangan dan aeroangkasa yang menawarkan peluang pertumbuhan lebih tinggi.

“Kami berharap kerjasama ini dapat membantu Malaysia khususnya dalam meningkatkan kepakaran mahir terutama dalam bidang ini,” katanya selepas pelancaran seminar yang diadakan, semalam.

Menurutnya, menerusi program berkenaan, syarikat PKS yang turut serta berpeluang menjadi rakan kongsi dalam jaringan kecemerlangan Rafale menerusi penyertaan dalam pelbagai aplikasi kejuruteraan penerbangan.

“Kami memiliki pengalaman luas dalam bidang ini dan berharap dapat berkongsi kepakaran dengan syarikat Malaysia khususnya dalam bidang nilai tambah seperti pendidikan, pembangunan dan penyelidikan (R&D), pengeluaran dan perkhidmatan,” katanya.

Malah, pihaknya turut melabur dalam pendidikan menerusi perkongsian usaha sama dengan universiti tempatan bagi menggalakkan pertukaran pengetahuan di kalangan ahli akademik dan pemain industri.

Seminar Peluang Perniagaan yang dikendalikan Rafale antara lain memberi maklumat berkaitan konsep operasi pesawat pejuang pelbagai keupayaan, sokongan logistik dan pelaksanaan.

No comments: