Saturday, January 5, 2013

Sukimi tingkat kualiti

Jenama minyak pelincir bumiputera, Sukimi berhasrat meningkatkan hasil jualan dan kualiti produk serta perkhidmatan kepada pelanggan sepanjang 2013 menerusi Program Pembangunan Sumber Manusia SME Corp dan Malaysia-Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (Jica).

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sukimi-tingkat-kualiti-1.118193
Published: January 05, 2013

Sukimi tingkat kualiti
Muhazli (kiri) menerima sijil penganugerahan khidmat program 
penasihat SME Corp Malaysia-JICA daripada Datuk Mukhriz 
Mahathir di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sukimi Lube (M) Sdn Bhd, Muhazli Muhammad berkata, program yang bermula 2006 hingga 2009 itu membolehkan syarikatnya menggunakan khidmat kepakaran penasihat perniagaan SME dari segi pengurusan kewangan, undang-undang cukai dan pengurusan, pemasaran, pengurusan pengeluaran serta rawatan korporat.

“Sukimi Lube adalah satu-satunya syarikat pengeluar minyak pelincir bumiputera di antara 24 syarikat industri kecil dan sederhana (PKS) yang mendapat manfaat daripada pelaksanaan program di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun (Majepa).

“Kami yakin lebih banyak perkembangan positif yang bakal diperoleh Sukimi daripada kehadiran penasihat SME bersama Sukimi khususnya dalam meningkatkan mutu produk, perkhidmatan dan hasil jualan,” katanya selepas majlis graduan SME Corp Malaysia-JICA, di Kuala Lumpur.

Sebagai rekod, program SME-JICA ini berjaya melahirkan 53 penasihat perniagaan SME yang dilengkapkan dengan kemahiran perniagaan yang diperlukan.

Sukimi Lube yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor, adalah syarikat yang sentiasa aktif menyertai sebarang aktiviti anjuran SME Corp Malaysia termasuk dalam Pameran Inovasi Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEX) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 7 hingga 9 Jun 2011.

No comments: