Thursday, January 17, 2013

Iskandar Malaysia Tidak Perlu Syarat Tambahan Yang Hindarkan Pelabur Asing - Nur Jazlan

JOHOR BAHARU, 16 Jan (Bernama) -- Syarat tambahan tidak perlu dikenakan ke atas pelabur asing yang mahu melabur di Iskandar Malaysia kerana ia hanya akan menghindarkan kemasukan pelaburan asing ke koridor ekonomi selatan tanah air itu, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/iskandar-malaysia-syarat-tambahan-boleh-jejas-pelaburan-1.122027
Published: January 17, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130117/ek_03/Tidak-perlu-syarat-tambahan
Published: January 17, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=922015
Published: January 17, 2013

Iskandar Malaysia mula tuai hasil

Pengerusi UDA Holdings Berhad itu berkata pengenalan syarat-syarat tambahan di Iskandar Malaysia seperti yang dicadangkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), akan menjadikan ia kurang menarik dalam kalangan pelabur asing.

"Dunia kini sudah berubah, dahulu kita boleh meletakkan pelbagai syarat (terhadap pelabur asing) kerana kita tidak banyak persaingan, tetapi kini kita bersaing dengan Thailand, Indonesia, Filipina, malah Kemboja dan Myanmar."

"Jika terlalu banyak syarat, mereka (pelabur asing) boleh ke tempat lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan DPMM semalam yang menggesa supaya kerajaan memperuntukkan 30 peratus daripada projek-projek di Nusajaya, yang terletak dalam Iskandar Malaysia, kepada syarikat Melayu.

Presiden DPMM Syed Ali Alattas berkata langkah itu perlu berikutan semakin merosotnya hak milik tanah kerajaan akibat diswastakan, tanpa mengira harga sehingga memudaratkan kedudukan orang Melayu di Johor.

Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada akhir 2006, berjaya menarik pelaburan sebanyak RM105 bilion dalam pelbagai sektor dan industri, sehingga 2012.

-- BERNAMA

No comments: