Wednesday, January 30, 2013

Matrade: PKS Dengan Penjenamaan Yang Baik Boleh Bersaing Dalam Pasaran

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh menembusi pasaran dan bersaing dengan beberapa peserta besar dalam industri sekiranya mereka mempunyai penjenamaan yang mantap, kata Datuk Dzulkifli Mahmud, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=924663
Published: January 30, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013013005141020130130051410//Article/index_html
Published: January 30, 2013

Beliau berkata yang PKS boleh menjadi syarikat multinasional dalam jangka panjang sekiranya mereka mengguna pakai strategi terbaik dalam penjenamaan produk dan perkhidmatan mereka.

"Apa yang membezakan produk dan perkhidmatan di pasaran ialah jenama.

"Jenama yang baik mesti mempunyai inti pati dan nilai yang menjadikan ia berbaloi dan berfaedah kepada pengguna," kata beliau kepada pemberita pada satu seminar mengenai "Harvesting your brand's full potential", di sini Selasa.

Dzulkifli berkata untuk sektor eksport kekal sebagai sumber utama untuk pertumbuhan ekonomi, pengeluar mesti terus mencari dan memajukan sumber-sumber baharu kelebihan daya saing.

Syarikat-syarikat mesti memanfaatkan reputasi Malaysia sebagai pembekal produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

"Memandangkan inisiatif penjenamaan memerlukan pelaburan dan komitmen yang besar, strategi dan perancangan yang betul perlulah berhati-hati dimajukan bagi memastikan kecekapan kosnya.

"Jenama mencerminkan persepsi, imej, kualiti dan kepercayaan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan dalam minda pengguna, tegasnya.

Sementara itu, seminar yang dianjurkan oleh MATRADE itu dengan kerjasama MakkiMakki, syarikat perunding jenama strategik yang berpangkalan di Indonesia.

Sakti Makki, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama kumpulan MakkiMakki berkata, selain daripada berkongsi pengetahuan perniagaannya dengan pengguna di luar Indonesia, acara itu juga menyediakan kumpulan pelaung untuk membawa jenama mereka ke peringkat serantau dan antarabangsa.

"Jenama dan penjenamaan merupakan alat yang amat penting yang boleh dimanfaatkan oleh ahli perniagaan dan syarikat untuk membolehkan perniagaan mencapai potensi sepenuhnya," kata beliau.

-- BERNAMA

No comments: