Tuesday, January 15, 2013

Mydin Belanja RM450 Juta Untuk Wujudkan Tiga Pasar Raya Besar Di Sarawak

Kuching: Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan melabur RM450 juta untuk mewujudkan tiga pasar raya besar, masing-masing di Isthmus, Perbandaran Baru Samariang dan Vista Tunku, Sarawak, dalam tempoh 30 bulan akan datang.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=921547
Published: January 15, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mydin-labur-rm450-juta-sasar-3-pasar-raya-besar-di-sarawak-1.121210
Published: January 15, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mydinbuka3pasarrayadiSarawak//Article/index_html
Published: January 15, 2013

Pengarah urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata pelaburan itu ialah untuk mewujudkan infrastruktur berkenaan.

"Maknanya minimum RM150 juta (pelaburan untuk satu pasar raya besar). Ia adalah satu pelabur besar untuk kami," kata beliau dalam taklimat media selepas memeterai perjanjian dengan wakil daripada CMS Land Sdn Bhd dan Projek Bandar Samariang Sdn Bhd di sini Isnin.

Turut hadir ialah Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Ameer berkata dengan kepakaran CMS, pasar raya besar di Samariang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan sementara pasar raya besar Isthmus akan siap menjelang akhir 2015.

-- BERNAMA

No comments: