Thursday, January 24, 2013

MCKIP Dijangka Sedia Peluang Besar Kepada Usahawan Tempatan - Adnan Yaakob

KUANTAN, 23 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) seluas 607.5 hektar di Gebeng dekat sini dijangka memberi manfaat kepada usahawan tempatan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=923753
Published: January 24, 2013

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau yakin projek itu akan menjana kesan limpahan dan banyak aktiviti ekonomi yang lain.

Katanya beliau juga telah mengarahkan agensi pelaksana taman perindustrian itu, yang termasuk Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) supaya memberi penekanan dan peluang kepada peniaga tempatan.

MCKIP akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 Februari ini.

"Saya memberi jaminan kepada usahawan tempatan agar tidak perlu bimbang mengenai peluang ekonomi daripada projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara menunggang kuda bagi Persatuan Orang Cacat Malaysia (RDA) di Pusat Ekuestrian Pahang, dekat sini Selasa.

Yang turut hadir ialah Pengerusi RDA Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Menurutnya, beliau juga telah menjelaskan manfaat projek itu kepada wakil Dewan Perniagaan Cina (Pahang) semasa mereka mengunjunginya.

"Saya pasti, Perdana Menteri (semasa melancarkan taman itu kelak), akan menekankan mengenai perkara itu," katanya.

MCKIP merupakan taman perindustrian berkembar kepada Taman Perindustrian China-Malaysia Qingzhou (CMQIP) di Qingzhou, China seluas 5,467.5 hektar, yang telah dilancarkan bersama oleh Najib dengan Perdana Menteri republik itu, Wen Jiabao pada 1 April tahun lepas.

-- BERNAMA

No comments: