Sunday, January 6, 2013

Usahawan Melayu digesa siap sedia rebut peluang di PIPC

Johor Bahru: Usahawan Melayu dan Bumiputera diminta bersedia merebut peluang ekonomi hasil daripada pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di negeri ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130108/wj_03/Usahawan-Melayu-bumiputera-perlu-rebut-peluang-di-PIPC
Published: January 08, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/usahawan-melayu-digesa-siap-sedia-rebut-peluang-di-pipc-1.118604
Published: January 06, 2013

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UsahawanMelayudigesarebutpelaburanPIPC/Article
Published: January 07, 2013

Zulkifli (kanan) pada Majlis Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon Selatan  di Kompleks Mawar, semalam. - Foto Dazar Suarman/BH]
Zulkifli (kanan) pada Majlis Kongres Ekonomi Melayu Peringkat 
Zon Selatan di Kompleks Mawar, semalam

Ketua Projek Khas Johor Petroleum Development Corporation (JPDC), Zulkifli Abdul Rani, berkata usahawan Melayu dan Bumiputera tidak harus terlepas pandang dan perlu peka mengambil peluang menceburi bidang minyak dan gas.

PIPC dijangka beroperasi pada 2017, dijangka menyediakan kira-kira 40,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti industri minyak dan gas serta perkhidmatan sokongan lain.

Ambil masa 5 tahun
Katanya, projek itu mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk disiapkan dan orang ramai belum merasai nikmat hasil ekonomi yang dibawa projek berkenaan.

“Usahawan Melayu dan Bumiputera perlu mempersiapkan diri mulai sekarang terutama dari segi penguasaan teknologi dan kemahiran serta penguasaan ilmu baru seperti kejuruteraan.

“Projek PIPC bukan hanya memberi fokus kepada industri minyak dan gas saja tetapi pada masa sama turut menyediakan peluang ekonomi industri hiliran untuk direbut,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pembangunan Projek PIPC di Pengerang - Impak dan Kesan kepada Ekonomi Orang Melayu' pada Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas dan Pengerusi Pengelola Kongres berkenaan, Syed Salim Syed Mohamed.

No comments: