Wednesday, January 16, 2013

DPMM mahu 30% projek Nusajaya milik Bumiputera

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengkaji semula projek Iskandar Malaysia dengan menyediakan memperuntukkan kira-kira 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130116/ek_03/Utamakan-Melayu-di-Iskandar

Published: January 16, 2013 Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dpmm-mahu-30-projek-nusajaya-milik-bumiputera-1.121717
Published: January 16, 2013

Nusajaya

Presidennya, Syed Ali AlAttas berkata, ini kerana pembangunan di Iskandar Malaysia telah meminggirkan orang Melayu, justeru kerajaan perlu bersikap tegas dalam isu pembahagian tanah dan juga projek bagi memastikan kepentingan Melayu terus terpelihara.

"Menerusi Resolusi Kongres Ekonomi Melayu peringkat Zon Selatan yang diadakan di Johor Bahru pada 6 Januari lalu, didapati kedudukan ekonomi dan prestasi orang Melayu di negeri itu jauh ketinggalan.

"Kongres kesal di atas kemerosotan jurang ekonomi orang Melayu yang semakin besar di Johor," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam masa sama, Syed Ali turut mencadangkan agar 30 peratus projek pembangunan di Pengerang diberikan kepada orang Melayu.

"Sehubungan itu, DPMM merancang untuk mengadakan satu mesyuarat meja bulat di antara agensi, jabatan serta beberapa tokoh di Johor untuk membincangkan isu tersebut," katanya.

Sejak 2006, Iskandar Malaysia telah mencatat pelaburan sebanyak RM105.14 bilion dan 154,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

No comments: