Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TransformasiusahawanMuslim/Article/index_html
Published: July 16, 2012
WORLDClass Trade and Industries (WTI), syarikat milik Bumiputera yang
menawarkan perkhidmatan perundingan profesional produk OEM, promosi dan
wakil ekspo antarabangsa mempelawa individu atau syarikat menyertai
program Transformasi Usahawan dan Pedagang-Pedagang Muslim (TRUPM).
Ini berikutan permintaan tinggi pasaran produk halal global sedunia
meningkat melebihi 150 peratus setahun menjadikan industri halal
bernilai trilion dolar Amerika.
Pengurus WTI, Nora Aida
Abdul Yazaid berkata, program TRUPM akan berusaha mengenal pasti,
melatih dan membangunkan usahawan serta pedagang Muslim untuk memenuhi
permintaan pasaran produk halal dunia selain membimbing menjadi usahawan
bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata, selain itu, pihaknya turut menjadi wakil penganjur
ekspo perdagangan halal antarabangsa misalnya di Maghribi pada 13 hingga
15 September 2012, ekspo Emas 2012 serta ekspo fesyen dan aksesori 2012
di Jeddah, Arab Saudi.
“Kami menawarkan satu rangkaian
lengkap penyelesaian untuk melahirkan usahawan Islam baru dan menambah
nilai produk pengeluar peralatan tulen (OEM) milik sendiri meliputi
produk makanan, kesihatan atau kecantikan serta menyediakan portal
e-Halal yang menyediakan penyelesaian pasaran e-Halal kepada syarikat
Islam,” katanya.
Mereka yang berminat untuk menyertai TRUPM
boleh melayari laman web rasmi di www.worldtradehalal.asia atau
menghubungi talian 010-2813522.
No comments:
Post a Comment