Thursday, July 26, 2012

Tenunan Pua Kumbu berpotensi dikomersial

KAPIT 25 Julai - Seni tenunan Pua Kumbu dan pelbagai kraf tangan unik masyarakat Dayak, perlu dikomersialkan untuk meningkatkan taraf pendapatan penduduk di luar bandar.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20120726/wb_05/Tenunan-Pua-Kumbu-berpotensi-dikomersial
Published: July 26, 2012

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Datuk Ambrose Blikau Enturan berkata, program Jejari Bestari yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga kawasan Parlimen Kapit (WDFC) boleh dijadikan platform menjayakan hasrat itu kerana penubuhannya bertujuan memelihara nilai budaya dan tradisi masyarakat.

"Penghasilan pelbagai kraf tangan unik dan tenunan Pua Kumbu telah lama wujud dalam kalangan masyarakat Dayak, bermula dari zaman nenek moyang kita sebagai barangan keperluan mereka.

"Tetapi sekarang di zaman moden ia perlu dikembangkan dan amat berpotensi dikomersialkan bagi menambah pendapatan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Rumah Engking Kedal, Jalan Selirik, di sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Menyentuh isu politik, Blikau berharap rakyat di Parlimen Kapit terus bekerjasama dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan pembangunan yang beterusan.

Katanya, wakil rakyat BN di sini telah melakukan usaha yang cemerlang dalam membangunkan Kapit agar ia maju setanding dengan kawasan lain di negeri ini.

Sehubungan itu katanya, adalah penting untuk terus mengekalkan wakil rakyat yang ada dan menolak kehadiran pembangkang bagi memastikan kesinambungan pembangunan yang sedang dinikmati oleh rakyat pada masa ini.

No comments: