Monday, July 23, 2012

Usahawan senarai hitam CCRIS boleh rujuk SME Corp

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/usahawan-senarai-hitam-ccris-boleh-rujuk-sme-corp-1.69294

Published: July 23, 2012
Wartawan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Usahawan yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman akibat disenarai hitam dalam CCRIS atau Central Credit Reference Information System, boleh merujuk kepada SME Corp untuk bantuan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, usahawan yang telah menjelaskan pinjaman namun masih disenarai hitam oleh CCRIS serta CTOS Credit Tip-Off Service, juga boleh merujuk kepada SME Corp.

“Kami membuka peluang kedua untuk usahawan, dan SME Corp akan mencari jalan untuk membantu dan mendapatkan nasihat,” katanya.

Beliau mengulas mengenai saranan Kementerian Kewangan supaya Bank Negara mencari jalan untuk mewujudkan sistem yang lebih baik untuk CCRIS dan CTOS, supaya dapat membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memperoleh pinjaman.

No comments: