Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ayamazz-roti-impit-lancar-cafe-pertama-1.65056
Published: on 10 July 2012
Beberapa buah Cafe Ayamazz baru juga dijadual memulakan operasi dalam masa terdekat.
Ditubuhkan pada 2009, Ayamazz Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh KFC Holdings (Malaysia) Bhd. Ia mula beroperasi di beberapa universiti, kolej dan politeknik dengan menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman segera yang lazat, pada harga berpatutan dan menggunakan produk jenama terkemuka dalam persekitaran kampus menerusi konsep gerai kereta tolak.
Di samping menggunakan konsep gerai kereta tolak, syarikat itu juga memperkenalkan kepelbagaian dalam konsep perniagaan yang digelar Roti Impit on Wheels, kiosk, kaunter buka tutup dan van penjaja.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan Pengarah Urusan KFC Marketing Sdn Bhd, Foo Peng Peng, dan Pengurus Besar Ayamazz Sdn Bhd Dr Hashim Kamil.
Sehingga kini, tiga cawangan Ayamazz Roti Impit telah beroperasi di Giant Cheras, Pasar Seni dan Kajang. Sementara lima lagi cawangan akan dibuka pada Julai di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang, Carrefour Ampang, Carrefour Wangsa Maju dan Larkin Sentral.
Ayamazz Roti Impit adalah program pelesenan pada kos berpatutan kepada semua warganegara Malaysia yang berminat untuk memulakan perniagaan Ayamazz Roti Impit sendiri.
Latihan intensif dalam mengendalikan perniagaan dan pengetahuan mengenai produk disediakan secara berkala bagi memastikan semua francaisi dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya untuk mengendalikan perniagaan Ayamazz Roti Impit mereka sendiri.
Ayamazz Roti Impit sedang dalam rangka perbincangan dengan SME Corrporation, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Bank Rakyat dan Agro Bank bagi membantu mendapatkan kemudahan pembiayaan bagi individu untuk memulakan perniagaan ini.
Ayamazz Roti Impit atau Frank Buns adalah snek berasaskan konsep grab-and-go. Ia disediakan dalam tiga pilihan iaitu keju, cendawan dan lada hitam.
Roti Impit disediakan dengan mengukus frankfurter dan roti serta dituang dengan sos Chillimayo yang direka khas. Roti Impit kemudian ditaburi dengan lada hitam kasar untuk menambah kelazatan cita rasa frankfurter Ayamas tersebut.
No comments:
Post a Comment