Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tm-optimis-pelanggan-pks-meningkat-kepada-500-000-menjelang-akhir-tahun-1.63397
Published: on 03 July 2012
KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd yakin pelanggan perusahaan kecil dan
sederhana (PKS)nya akan meningkat kepada 500,000 menjelang akhir tahun,
daripada 494,000, sekarang.
Naib Presiden Eksekutif (PKS) TM, Azizi A Hadi, berkata peluasan asas
pelanggan akan dicetuskan oleh produk baharu, serta siri jelajah SME
BizNet dan SME BizFest 2012 yang berakhir baru-baru ini.
"Semasa siri jelajah yang dijalankan dari Januari hingga Mei itu, kami
berjaya meraih kontrak bernilai RM58 juta yang, 90 peratus daripada
nilainya, disumbangkan oleh pelanggan sedia ada.
"Pelanggan PKS kami semakin membesarkan perniagaan masing-masing tahun
demi tahun. Mereka memerlukan produk dan perkhidmatan baharu kami untuk
melengkapkan operasi mereka yang matang," katanya kepada pemberita
selepas menyampaikan hadiah kepada 17 pemenang cabutan nombor bertuah.
SME BizNet bertindak sebagai platform bagi PKS melibatkan diri dengan
TM untuk mempelajari lebih lanjut tentang tawaran-tawaran teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perniagaan mereka.
Bagaimanapun, SME BizFest, ditujukan kepada perniagaan yang memerlukan penyelesaian yang lebih profesional. - Bernama
No comments:
Post a Comment