Thursday, July 26, 2012

Insentif bayar pinjaman TEKUN ikut jadual

TASEK GELUGOR 25 Julai - Usahawan yang menjelaskan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional mengikut jadual, akan ditawarkan untuk membuat pinjaman kewangan seterusnya.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20120726/wu_03/Insentif-bayar-pinjaman-TEKUN-ikut-jadual
Published: July 26, 2012

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya berkata, ini kerana kemudahan pinjaman tersebut hanya ada pada TEKUN manakala institusi kewangan lain sukar membiayai program seperti itu.

"Penerima kemudahan ini perlu bersyukur kerana kehidupan mereka kini lebih baik daripada golongan lain.

"Ramai usahawan di kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang telah mendapat manfaat daripada pinjaman tersebut," katanya semasa menyampaikan bantuan pinjaman TEKUN Nasional sebanyak RM159,000 kepada 20 usahawan tempatan di Bangunan UMNO Bahagian Tasek Gelugor di sini.

Setiap usahawan terbabit menerima pinjaman antara RM10,000 hingga RM40,000 seorang bagi membesarkan perniagaan masing-masing.

Seorang penerima, Nor Azila Saad, 37, berkata, bantuan diterima sebanyak RM20,000 kali ini begitu bermakna bagi membolehkan dia membesarkan stokis produk kecantikan miliknya di Pasar Awam Sungai Dua di sini.

Katanya, stokis itu dibuka lebih setahun lalu dan ia mendapat sambutan baik terutama wanita yang tahu tentang produk kecantikan.

"TEKUN Nasional mampu membawa perubahan dalam kalangan usahawan Melayu di negara ini jika mereka sanggup mematuhi beberapa syarat ditetapkan apabila membuat pinjaman kewangan," katanya.

No comments: