Thursday, July 12, 2012

Najib lancar Pelan Induk PKS 2012-2020

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/articles/NajiblancarPelanIndukPKS2012-2020/Article

Published: July 12, 2012

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020 dengan matlamat meningkatkan pertumbuhan perniagaan, menambah bilangan syarikat yang mempunyai pertumbuhan tinggi serta berinovasi, meningkatkan tahap produktiviti dan mempergiat formalisasi perniagaan.

Najib berkata semua empat matlamat itu akan menyumbang kepada visi Pelan Induk berkenaan untuk melahirkan PKS yang berdaya saing di peringkat global bagi meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan rakyat.


Menurut beliau, Pelan Induk PKS 2012-2020: Memangkin Pertumbuhan dan Pendapatan itu akan melakar hala tuju PKS dengan menyasarkan peningkatan sumbangan PKS kepada KDNK daripada 32 peratus pada tahun 2010 kepada 41 peratus pada tahun 2020.

Beliau berkata ini memerlukan lonjakan berganda dalam pertumbuhan PKS yang akan tercapai menerusi enam program berimpak tinggi serta langkah-langkah pelengkap yang lain, sambil menambah secara keseluruhan pelan itu menyarankan 32 inisiatif untuk mencapai matlamat tersebut.

No comments: