KUALA LUMPUR 2 Julai - Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2012 yang
dianjurkan buat kali ke-19 pada 6 Julai ini buat pertama kalinya akan
mengadakan sesi penyatuan perniagaan antara usahawan tempatan dan juga
luar negara.
Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm
Published: on 03 July 2012
Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Abdul Malik Abdullah
berkata, sebelum ini penganjuran FIM hanya fokus kepada pameran produk
dan perkhidmatan berkaitan francais tetapi kali ini perubahan telah
dilakukan.
Katanya, FIM 2012 akan membawa masuk persatuan peniaga dari beberapa
negara seperti Taiwan, Singapura dan Thailand untuk dipertemukan dengan
usahawan tempatan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan ke
negara-negara berkenaan.
"Selain sesi penyatuan perniagaan berkenaan, FIM 2012 turut membawa masuk penceramah terkemuka dunia.
"MFA mahu melahirkan lebih banyak usahawan tempatan yang berjaya di
luar negara atau membawa jenama luar ke Malaysia," katanya pada sidang
akhbar selepas majlis pengumuman tiga penaja baru FIM 2012, di sini hari
ini.
Penaja tersebut adalah Chevron Malaysia Ltd., Marrybrown dan Daily Fresh.
No comments:
Post a Comment