Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MaxislancarpakejpenyelesaianPKS/Article/
Published: July 30, 2012
Produk yang pelbagai ini terdiri daripada rangkaian perkhidmatan yang melangkaui penyelesaian mudah alih serta tetap, yang termasuk Biz Fibre with CCTV, Software-as-a-Service on Maxis Cloud dan Maxis Business Community Call. Penyelesaian ‘semua-dalam-satu’ ini memberi kesenangan kepada PKS untuk berurusan dengan pembekal tunggal untuk semua keperluan mereka.
“Penyelesaian runcit yang kami melancarkan hari ini bertujuan untuk menyediakan PKS dengan kelebihan yang kompetitif dengan menawarkan penyelesaian komunikasi berkualiti yang boleh dipercayai, berharga kompetitif dan mudah untuk disediakan, di mana akan membantu untuk menguruskan kos dan sumber-sumber mereka dengan lebih berkesan, meningkatkan produktiviti dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih cekap,” kata Mark Dioguardi, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis.
“Built for SME - Retail adalah satu lagi produk berinovasi dalam tawaran penyelesaian perniagaan kami. Melalui liputan rangkaian Tanpa Wayar kami yang merupakan peneraju industri, digabungkan dengan penawaran Fiber Optik yang terbaik, Maxis mempunyai keupayaan Akses Berkelajuan Tinggi yang terpantas di negara ini.
“Hasilnya, pelanggan-pelanggan kami akan dapat menikmati pengalaman yang lebih lancar apabila menggunakan pakej penyelesaian baru ini,” katanya.
Sebagai syarikat yang bersepadu, Maxis menyediakan penyelesaian yang menyeluruh untuk PKS yang meliputi segala-galanya dari rumah, pejabat, peribadi, akses talian tetap atau telefon mudah alih, jalur lebar mudah alih, kandungan interaktif, perkhidmatan dan aplikasi, aplikasi mesin-ke-mesin dan pengkomputeran awan.
Maxis Built For SME - Retail menguatkan lagi penawaran ini dengan menyediakan penyelesaian lengkap yang inovatif dan membolehkan pembangunan serta pertumbuhan tinggi PKS, terutamanya dalam sektor runcit untuk menjadi lebih berdaya saing dan mengekalkan pertumbuhan hasil dalam negara serta pasaran antarabangsa.
CCTV on Maxis Business Fibre Internet
Dengan bekerjasama rakan niaga yang berkongsi aspirasi yang sama dengan Maxis, peranti CCTV menyediakan video ‘streaming’ secara langsung dan ditawarkan sekali dengan Maxis Business Fibre Internet untuk memastikan sambungan pantas untuk video berkualiti tinggi. Peranti CCTV boleh dipasang di kedua-dua kawasan; di depan dan juga belakang ruang runcit, membolehkan peruncit untuk melindungi cawangan mereka dengan memantau semua aktiviti.
Ia juga memberikan ketenangan fikiran untuk pekerja, dan meningkatkan lagi tahap keselamatan.
Maxis Business Fibre Internet mempunyai kelajuan internet fiber yang tertinggi di Malaysia sehingga 32Mbps. Ini membolehkan pelanggan mengakses rangkaian Fiber Perniagaan melalui penyelesaian ini bagi membolehkan mereka menikmati internet yang berkelajuan dan berkualiti tinggi.
Software-as-a-Service (SaaS) on Maxis Cloud
Maxis Cloud adalah perkhidmatan awan yang paling canggih, masa nyata dan diuruskan sepenuhnya, di Malaysia. PKS boleh mengakses Maxis Cloud melalui jalur lebar perniagaan yang terpantas di negara melalui rangkaian tulang belakang optik 100 gigabit setiap saat (100G) .
Maxis menyediakan SaaS kepada pelanggan melalui tawaran Awan dengan bekerjasama dengan penyelesaian ERP 'Wavelet MS' yang akan membantu pelanggan menyelesaikan dan mengimbas transaksi jualan mereka menggunakan mesin tunai untuk memantau, menjejaki inventori, perakaunan, dan lain-lain.
Maxis Business Community Call
Maxis Business Community Call adalah perkhidmatan tambah nilai yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan panggilan talian tetap korporat percuma (Business Voice Enhanced) ke panggilan talian mudah alih korporat dan sebaliknya kepada pelanggan perniagaan.
Pelanggan boleh membuat talian percuma di dalam rangkaian syarikat tersendiri. Dengan melanggan kepada perkhidmatan berkenaan, PKS dapat berjimat dalam perbelanjaan operasi (Operating Expenses - OPEX) dan menggalakkan komunikasi sementara mencapai ketersampaian rangkaian.
Maxis juga menyediakan pelanggan dengan pelbagai pelan melalui ketersediaan peranti mudah alih dan penawaran suara tetap seperti Maxis Business Voice Enhanced. Dengan ini, semua komunikasi perniagaan diaktifkan melalui satu rangkaian tertumpu, dari menerima panggilan telefon hingga ke menetapkan persidangan video.
Untuk maklumat lanjut mengenai Built for SME - Retail, sila layari www.maxis.com.my/retailSME. Anda juga boleh hubungi 1700 81 7003/1 700 81 7150/1 700 81 7234 jika anda berada dalam Kawasan Tengah Malaysia; 1 700 81 7030 dalam kawasan utara Malaysia atau 1 700 81 7090 dalam kawasan selatan Malaysia.
No comments:
Post a Comment