Tuesday, July 3, 2012

Cecah RM400j

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CecahRM400j/Article/index_html

Published: on 03 July 2012
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

GAMAT Emas Sdn Bhd (GESB), pengeluar dan pemasar produk berasaskan gamat menyasarkan jualan tahunannya mencecah RM400 juta menjelang 2015 bersandarkan kepada permintaan tinggi dalam dan luar negara.

Pengerusinya, Leftenan Jeneral (B) Datuk Adenan Mohamad Zain berkata, pihaknya memasarkan 29 produk berasaskan gamat meliputi produk bercirikan kesihatan dan kecantikan sejak beroperasi 13 tahun lalu. “Permulaan suku pertama tahun ini menunjukkan peningkatan positif dengan pertumbuhan jualan 40 peratus berbanding hanya 35 peratus pada tempoh sama tahun lalu dan kami menyasarkan hasil jualan RM30 juta tahun ini berbanding hanya RM15 juta tahun lalu.

“Selain permintaan tinggi, kehadiran produk GESB secara rasmi di Thailand, Brunei dan Singapura menjelang akhir tahun ini dijangka mampu meningkatkan hasil jualan produk kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Gamat Gemilang 2012 ‘Malam Prestij dan Red Carpet’ Syarikat GESB di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu.

Katanya, produk GESB sudah pun berada di pasaran Indonesia, Singapura serta Thailand, tetapi tidak diedarkan secara rasmi dan yakin kehadiran wakil di negara berkenaan bakal memperkembangkan produk GESB. Beliau berkata, pihaknya turut berhasrat memperluaskan produk itu ke negara lain termasuk Filipina, China dan Jepun seiring dengan hasrat menembusi produk Gamat di persada dunia.

Sebagai syarikat yang berteraskan perniagaan berbilang tingkat (MLM), Adenan berkata, GESB yang dimiliki 100 peratus Bumiputera mempunyai 80,000 ahli serta stokis di seluruh negara dan menyasarkan penambahan ahli 20,000 orang lagi menjelang akhir tahun ini.

No comments: