Friday, July 13, 2012

Permulaan baru ke peringkat lebih tinggi

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Permulaanbarukeperingkatlebihtinggi/Article/index_html

Published: July 13, 2012

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini disasarkan mencapai purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.7 peratus setahun mulai tahun ini sehingga 2020 melalui Pelan Induk PKS 2012-2020 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.

SME Corp Malaysia berkata, sumbangan PKS kepada KDNK juga disasar meningkat kepada 41 peratus pada 2020, berbanding 32 peratus pada masa ini, manakala sumbangan kepada tenaga kerja dan eksport masing-masing meningkat kepada 62 peratus serta 25 peratus berbanding 59 peratus dan 19 peratus pada masa ini.

“Pelan Induk PKS menandakan satu permulaan baru dalam pembangunan PKS dengan memberi tumpuan kepada pendekatan baru untuk membawa PKS ke peringkat lebih tinggi dengan menggiatkan pertumbuhan melalui peningkatan produktiviti dan inovasi.

“Pelan itu menetapkan hala tuju dasar PKS bagi semua sektor ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 sejajar dengan Model Baru Ekonomi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Pelan Induk PKS itu turut menyasarkan peningkatan pendaftaran syarikat sebanyak 6.0 peratus setahun, pertambahan bilangan firma yang mempunyai pertumbuhan tinggi dan berinovatif sebanyak 10 peratus setahun serta peningkatan produktiviti pekerja daripada RM47,000 pada 2010 kepada RM91,000 pada 2020. Ia turut mempergiatkan usaha pemformalan untuk menggalakkan pertumbuhan dan persaingan yang adil di mana sektor tidak formal disasarkan untuk dikurangkan daripada 31 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada masa ini kepada 15 peratus pada 2020.

No comments: