Tuesday, July 10, 2012

K-Shoppe platform niaga produk IKS

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor telah mewujudkan 14 rangkaian kedai kumpulan usahawan Industri Asas Tani atau dikenali sebagai Agrobazaar K-Shoppe sepanjang 2010 hingga kini.

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/k-shoppe-platform-niaga-produk-iks-1.65317
Published: on 10 July 2012



K-Shoppe platform niaga produk IKS
K-Shoppe adalah antara usaha Fama dalam membantu
usahawan IKS meningkatkan pendapatan masing-masing

Pegawai Industri Asas Tani dan Promosinya, Shafril Izham Mohd Aminudin berkata, kedai itu adalah gabungan kumpulan usahawan industri asas tani yang menjalankan urus niaga pemborongan atau peruncitan produk barangan di suatu premis yang dimiliki usahawan lain.

Menurutnya, kedai tersebut akan dipimpin oleh seorang ketua yang dipilih dalam kalangan usahawan dengan premis perniagaan adalah hak milik usahawan sama ada disewa, milik persendirian atau syarikat.

“Kedai ini berkonsepkan showcase di mana produknya akan dipamerkan kepada pengguna pada setiap masa atau dimasak di premis berkenaan dan dijual terus kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata, kedai itu akan dikenali melalui imej seragam daripada segi warna, peralatan paparan dan papan tanda.

Selain itu nama Agrobazaar K-Shoppe juga telah di daftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM).

“K-Shoppe ini diwujudkan adalah sebagai satu saluran alternatif untuk pengguna mendapatkan produk industri asas tani dan membantu usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka dengan konsep lebih teratur dan terurus,” katanya.

Antara peranan Fama dalam pembangunan kedai itu adalah menyediakan peralatan, memberi khidmat nasihat, mengadakan promosi dan memantau keseluruhan projek agar selari dengan objektif utama.

“Perlaksanaan projek ini akan membolehkan lebih ramai usahawan bimbingan Fama diwujudkan.

"Ia juga selaras dengan usaha kami untuk membantu usahawan yang sering berdepan dengan masalah untuk mengembangkan peluang pasaran mereka,” katanya.

No comments: