Friday, July 6, 2012

Golongan wanita muda perlu berani berniaga

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_03.htm

Published: on 06 July 2012

Hamisa Samat (belakang, empat dari kiri) bersama Sumiati 
Jaafar (belakang, empat dari kanan) dan kakitangan Sutera 
Anggerik Beauty dan Wellness pada majlis pelancaran butik 
itu di Tawau, baru-baru ini.

TAWAU 5 Julai - Golongan wanita muda diajak menceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan yang dilihat mampu memberi pendedahan awal kepada mereka sebelum terjun ke bidang keusahawanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, golongan tersebut perlu berani mencuba dan mematangkan diri bagi membentuk sebuah perniagaan berdaya maju.

Katanya, pengalaman yang diperoleh bakal dijadikan panduan dalam merangka perniagaan dan bersaing dengan peniaga sedia ada terutama dalam bidang yang kurang diceburi.

"Ia bukan sahaja akan dapat meningkatkan tahap sosioekonomi masing-masing, malah ia membantu negara dalam menghasilkan lebih ramai usahawan berjaya dalam kalangan wanita muda," katanya pada majlis pelancaran butik Sutera Anggerik Beauty and Wellness yang dimiliki oleh Sumiati Jaafar, di sini baru-baru ini.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

No comments: