Wednesday, July 17, 2013

Selesa niaga di rumah

BERNIAGA dari rumah sebenarnya lebih memudahkan wanita terutama mereka yang telah berumahtangga. Ini kerana mereka tidak perlu keluar rumah, menyewa kedai dan menghabiskan banyak masa di luar.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130716/ke_03/Selesa-niaga-di-rumah
Published: July 17, 2013


Zalina Yusof menunjukkan koleksi pakaian yang sudah siap.

Pernah mempunyai butik satu masa dahulu, namun terpaksa ditutup atas sebab tertentu. Kini walaupun tidak lagi mempunyai butik, koleksi pakaian di bawah nama Airis Aisha tetap kekal sehingga ke hari ini.

Selain menjual pakaian yang telah siap, Zalina juga menjual kain-kain ela yang eksklusif khusus untuk mereka yang ingin menempah mengikut susuk tubuh dan fesyen pilihan mereka.

Kain-kain tersebut dibeli di luar negara kerana ramai pelanggannya mahukan kain yang eksklusif dan berbeza daripada di Malaysia.

Namun sempena kedatangan hari raya tahun ini, Zalina menjual kain yang lebih menarik dan cantik yang dihiasi dengan sulaman dan jahitan manik pada bahagian dada dan hujung tangan.

Zalina yang ditemui di rumahnya di Desa Parkcity, Kepong, Selangor, menunjukkan pelbagai jenis kain bersulam yang sesuai dibuat kaftan, baju kurung dan jubah.

Selain boleh membeli secara terus, pelanggan juga boleh membeli secara dalam talian melalui Facebook Airis Aisha Butik atau menelefon di 016-6347522.

Pun demikian, beliau masih tetap menjual baju kurung siap untuk dewasa, jubah, kaftan dan baju kurung kanak-kanak yang berharga antara RM150 hingga RM600.

Beliau turut mengedarkan pakaian tersebut kepada kedai-kedai di sekitar Shah Alam, Ampang dan Bangsar untuk dijual.

''Bagi menambah produk dan merebut peluang perniagaan di bulan puasa ini, saya juga membuat hamper untuk dijual pada badan-badan korporat dan orang perseorangan.

''Setiap hamper digubah di dalam bakul, vas kristal atau kotak kayu Iran dan dijual pada harga di antara RM100 sehingga RM400,'' ujar Zalina.

No comments: