Tuesday, July 9, 2013

Golongan muda digalak jadi usahawan

TANAH MERAH 8 Julai - Golongan muda di negeri ini digalakkan menyertai program keusahawanan bagi mendapatkan pendedahan yang secukupnya untuk menjadikannya sebagai kerjaya.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130709/wt_02/Golongan-muda-digalak-jadi-usahawan
Published: July 09, 2013


AZRAN Deraman (dua dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian 
penuntut selepas Majlis Penyerahan Anak Angkat Penuntut Universiti 
Utara Malaysia di Kampung Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan. 

Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITTI) Kelantan, Azran Deraman berkata, ramai di antara mereka berminat untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya namun tidak mendapat pendedahan yang mencukupi.

Beliau berkata, tanpa pendedahan dan pengetahuan, mereka tidak akan dapat mencapai kejayaan dan akhirnya akan terbantut di pertengahan jalan.

"Kami akan berusaha mendekati golongan tersebut melalui pelbagai program termasuk kursus dan ceramah supaya mereka memahami dengan sebaik mungkin selok belok untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya," katanya selepas majlis penyerahan anak angkat penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kampung Kuala Tiga di sini, semalam.

Seramai 60 penuntut menyertai Program Khidmat Masyarakat 'Tautan Kasih Ukhuwah Komuniti Cakna' selama tiga hari di kampung itu anjuran MITTI.

Azran berkata, pihaknya bersedia memberi kursus dan latihan kepada mereka yang berminat serta peluang untuk membesarkan perniagaan.

Katanya, mereka boleh mencapai kejayaan cemerlang andainya mempunyai kesedaran untuk memajukan diri dalam bidang keusahawanan.

"Mereka boleh memajukan diri dalam bidang tersebut dari peringkat awal dan memahami langkah seterusnya untuk lebih berjaya," katanya.

No comments: