Tuesday, July 9, 2013

MyNEF Labur Rm1 Juta Untuk Program Usahawan Teknologi Bumiputera

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Yayasan Usahawan Baharu (myNEF) melaburkan RM1 juta untuk mengendalikan program latihan dan mentor untuk usahawan ICT Bumiputera.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mynef-labur-rm1-juta-program-usahawan-bumiputera-1.180506
Published: July 09, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=961777
Published: July 09, 2013


Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia (TPM), Datuk Azman Shahidin (tengah) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Usahawan Baru (myNEF), Muhammad Ferdaus Johar (dua kiri) dan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI), Zakaria Jaafar selepas majlis pertukaran dokumen kontrak antara TPM dengan MITI dan TPM dengan MyNEF.

Untuk mengukuhkan struktur program, myNEF telah bekerjasama dengan Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) untuk mengendalikan modul itu serta Penarafan Daya Saing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk Peningkatan (Score).

Ketua pegawai eksekutif MyNEF Muhammad Ferdaus Johar memberitahu Bernama bahawa pelaburan itu dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan penglibatan usahawan Bumiputera dalam perniagaan ICT.

Score dibangunkan oleh SME Corp Malaysia pada Ogos 2007 sebagai pengukur kebolehan PKS.

MyNEF mempunyai asas data lebih daripada 1,000 usahawan ICT Bumiputera, yang akan dinilai berdasarkan maklumat syarikat dan diikuti oleh audit Score.

Muhammad Ferdaus berkata syarikat dengan penarafan tiga bintang akan melalui program latihan yang dikendalikan oleh TPM selama tiga bulan.

Sementara itu, presiden dan CEO TPM Datuk Azman Shahidin berkata syarikat itu akan menganjurkan program itu dalam dua peringkat tahun ini dengan peserta maksimum 30 orang setiap peringkat.

"Kami kini sedang dalam proses mengenal pasti syarikat itu, kami rasa kira-kira 80 peratus belum mencapai sasaran lagi," katanya.

Penilaian itu akan berlangsung dari sekarang hingga 15 Ogos, 2013 dan syarikat terpilih akan dilatih oleh jurulatih yang mempunyai pengalaman langsung dalam perniagaan itu.

-- BERNAMA

No comments: