Sunday, July 28, 2013

Nilai Jualan Kraf Promosi Aidilfitri Anjuran PKKM Sabah Mencecah RM40,983

KOTA KINABALU, 27 Julai (Bernama) -- Nilai jualan kraf sempena Promosi Kraf Aidilfitri di 1Borneo Hypermall, Likas dekat sini setakat 26 Julai sudah mencecah RM40,983, kata Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) cawangan Sabah, Mohd Latif Dirun.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=966476
Published: July 28, 2013

Beliau berkata antara kraf yang mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung untuk persiapan Aidilfitri ialah barangan tekstil.

Mohd Latif berkata sasaran jualan sepanjang tempoh promosi kraf, dari 25 Julai hingga 4 Ogos, yang pertama kali diadakan sempena sambutan Aidilfitri itu ialah sekitar RM450,000.

Katanya seramai 40 usahawan, termasuk lapan pengusaha tekstil akan menyertai jualan kraf itu.

"Promosi Kraf Aidilfitri merupakan platform yang diwujudkan oleh Kraftangan Malaysia bagi membantu usahawan kraf mempromosi dan memasarkan produk kraf secara terus kepada pengguna," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Latif berkata kempen promosi kraf itu bertujuan menggalakkan dan memperkenalkan produk kraf tempatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain itu, katanya, ia menjadi tempat pertemuan peniaga, pengusaha dan pemborong kraf dan bidang lain yang menjurus kepada persiapan menyambut AidilFitri

-- BERNAMA 

No comments: