Thursday, July 25, 2013

PKS Yakin Jadi Jenama Global Dalam Tempoh Lima Tahun, Kata Kaji Selidik

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Meskipun kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak begitu menonjol, 62 peratus daripada mereka yakin menjadi jenama serantau dan global dalam tempoh lima tahun ini, demikian menurut kaji selidik yang bertajuk "Malaysian SMEs Brand Potential'.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=965870
Published: July 25, 2013

Kaji selidik dalam talian oleh Bizsphere Brand & Markerting ialah untuk menggalakkan cabaran dan potensi PKS tempatan menjadi jenama global.

Dalam satu kenyataan Rabu, ketua sokongan pemasaran PKS, Sherine Ho berkata keyakinan PKS itu menunjukkan minda positif amat diperlukan untuk berkembang dalam pasaran global kerana banyak pihak telah memperakui kepentingan penjenamaan berikutan saingan sengit dan liberalisasi pasaran antarabangsa.

"Tidak cukup hanya menghasilkan produk berkualiti. Orang ramai membeli jenama, yang relevan dan berbeza," kata beliau.

Ho berkata PKS Malaysia perlu lebih proaktif menjalankan penyelidikan ke atas program sokongan kerajaan yang relevan kepada perniagaan.

Kekurangan pelan jenama secara menyeluruh dan sokongan kewangan untuk komunikasi jenama adalah cabaran teratas untuk PKS, kata beliau.

-- BERNAMA 

No comments: