Thursday, July 18, 2013

Pakaian RM500,000 - Jualan Online

Kuala Lumpur: Bridzia Sdn Bhd, pengendali perniagaan secara online menggunakan alamat www.seqoci.com berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan RM500,000 bagi produk pakaian wanitanya di bawah jenama Seqoci menjelang akhir tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PakaianRM500_000/Article/index_html
Published: July 18, 2013

Pengarahnya Danny Khow berkata, walaupun jenama Seqoci baru dilancarkan April lalu, pihaknya melihat potensi besar apabila mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan dan setiap koleksi dikeluarkan memenuhi cita rasa fesyen golongan wanita masa kini.

Katanya, menerusi keunikan gaya yang ditampilkan di setiap koleksi Seqoci, syarikatnya turut menekankan kualiti jahitan serta bahan fabrik yang digunakan supaya pelanggan mendapat nilai terbaik bagi setiap pembelian mereka.

“Kami menjalankan perniagaan 100 peratus menggunakan e-dagang dan setiap tiga bulan Seqoci akan menampilkan koleksi baru, namun setiap dua minggu sekali kami akan mengemas kini produk serta barang baru yang sesuai untuk dikenakan bagi setiap rekaan.

“Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, kami turut mendapatkan maklum balas daripada pelanggan mengenai fesyen dan rekaan yang mereka inginkan,” katanya.kepada Bisnes Metro yang ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, paling menarik rekaan Seqoci merangkumi semua gaya sama ada bagi wanita moden mahupun Muslimah selain memberi idea kepada pelanggan cara menggayakan setiap rekaan bersama pakaian lain atau aksesori.

Khow berkata, pihaknya komited untuk meluaskan lagi pasarannya ke peringkat global dan menyasarkan negara Jepun sebagai lokasi pilihan untuk mengembangkan Seqoci dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Potensi jenama Seqoci ini untuk berkembang sangat besar dan kami menyasarkan untuk memasuki pasaran Jepun, namun sebelum itu syarikat akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi meluaskan pasaran di negara ini terlebih dulu kerana kami masih baru.

“Selain itu, kami juga mempelawa mana-mana jenama tempatan yang ingin memasarkan produk mereka boleh menghubungi kami sama ada menerusi e-mel (hello@seqoci.com) atau melayari laman web, www.seqoci.com,” katanya.

Beliau berkata, setiap rekaan Seqoci dijual pada harga antara RM150 hingga RM250 dan pihaknya sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan termasuk jaminan pertukaran saiz secara percuma dan pulangan produk jika tidak berpuas hati.

No comments: