Wednesday, July 10, 2013

Sasar jualan RM30j

Bangi: Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) pengeluar tudung premium, Fareeda menyasarkan nilai jualan keseluruhan lebih RM30 juta tahun ini didorong pembukaan cawangan baru dan pengenalan koleksi yang dijangka menarik perhatian golongan pemakai tudung di negara ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SasarjualanRM30j/Article/index_html
Published: July 10, 2013

Setakat ini, Fareeda mempunyai tiga cawangan dan bakal membuka empat cawangan baru menjelang akhir tahun ini di beberapa lokasi seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Bangi.

Pengurus Pemasarannya, Mawar Abdul Karim berkata, Fareeda ketika ini juga berjaya mencatatkan penguasaan pasaran 90 peratus dalam segmen tudung premium di negara ini dan menyasarkan golongan pertengahan sehingga atasan dalam pemasarannya.

Beliau berkata, Fareeda turut memberi peluang perniagaan kepada usahawan yang ingin menjadi pengedar tudungnya dan setakat ini terdapat 300 pengedar Fareeda di seluruh Malaysia.

“Ketika ini, pasaran tudung di Malaysia begitu meluas sekali dan banyak persaingan, tetapi jenama kami menjadi pilihan pemakai tudung memandangkan syarikat menawarkan produk berkualiti dan eksklusif kepada orang ramai.

“Dari segi penambahan cawangan baru, kami melihat ia penting bagi memudahkan orang ramai mendapatkan koleksi Fareeda dan untuk tahun ini RM4 juta akan dilaburkan untuk membuka cawangan baru di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti,” katanya pada majlis pelancaran Butik Fareeda di Bandar Baru Bangi, di sini.

Pada majlis itu, Fareeda menjemput Maya Karin merasmikan butik itu dan turut diadakan pertandingan akhir model jemputan Fareeda Zaynab versi Bawal.

Bagi promosi sempena menyambut Hari Raya tahun ini, pihaknya akan membuat diskaun harga jualan sehingga 40 peratus.

No comments: