Friday, July 19, 2013

MDeC, Founder Institute jalin usaha sama

Cyberjaya: Multimedia Development Corp (MDeC) menjalin usaha sama dengan Founder Institute yang berpejabat di US bagi meningkatkan pertumbuhan ekosistem syarikat permulaan menerusi program separuh masa selama empat bulan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MDeC_FounderInstitutejalinusahasama/Article/index_html
Published: July 19, 2013

Ketua Pegawai Eksekutif MDec Datuk Badlisham Ghazali berkata, usaha sama itu selari dengan inisiatif strategik Digital Malaysia yang bermatlamat membantu rakyat Malaysia memanfaatkan sepenuhnya Internet untuk menjadi pengeluar-pengguna.

Badlisham berkata, usaha sama itu menghasilkan satu program yang memudahkan pelancaran syarikat permulaan di Malaysia menerusi penyelesaian dipacu pasaran dengan potensi serantau dan global.
“Program itu bermatlamat meningkatkan keperluan akses usahawan yang meningkat naik, sebahagiannya menerusi pembukaan rangkaian.

“Matlamat jangka panjang kami ialah untuk mewujudkan peluang dalam syarikat permulaan tempatan berkenaan dengan peserta termasuk pelabur separuh masa dan sepenuh masa, modal teroka dan bakat dengan bekerja bersama-sama penggalak global seperti syarikat Founder Institute,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Ketua Pegawai Operasi MDeC Ng Wan Peng pada majlis graduasi kumpulan pertama sembilan peserta syarikat permulaan, di sini.

Badlisham berkata menerusi usaha sama itu, kumpulan pertama akan menerima perisian dan perkakasan sokongan pembangunan daripada Microsoft Malaysia manakala MDeC akan mengambil alih peranan sokongan sebagai rakan komuniti dengan memudahkan program mentor.

Founder Institute adalah penggalak syarikat permulaan peringkat awal dan rangkaian, pelancaran global yang membantu usahawan mewujudkan syarikat teknologi yang bermakna.

Menerusi program separuh masa selama empat bulan, syarikat permulaan boleh melancarkan syarikat masing-masing dengan latihan pakar., maklum balas dan sokongan daripada ketua pegawai eksekutif syarikat permulaan yang berpengalaman.

Dalam tempoh tiga tahun beroperasi, Founder Institute membantu melancarkan kira-kira 800 syarikat di 40 bandar raya dan enam benua yang menjadikannya penggerak syarikat permulaan terbesar di dunia. -
BERNAMA

No comments: