Sunday, July 21, 2013

PKS Malaysia Lahirkan Kebimbangan Mengenai TPPA

KOTA KINABALU, 20 Julai (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia telah melahirkan kebimbangan yang mereka akan kerugian sebaik sahaja Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilaksanakan, demikian menurut sekumpulan ahli parlimen Malaysia pada Sabtu.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=964871
Published: July 21, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pks-malaysia-bimbang-mengenai-tppa
Published: July 21, 2013

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PKSMalaysialahirkankebimbanganmengenaiTPPA/Article/?bh
Published: July 21, 2013
Pengerusi Ahli Parlimen jawatan kuasa Caucus untuk TPPA, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata berdasarkan kepada maklumat yang dikumpulkan daripada pemegang yang berkepentingan, PKS mungkin berhadapan dengan masa depan yang suram dengan TPPA.

"Apabila syarikat multinasional dari negara maju turut serta atau melabur dalam negara kita, mereka datang dengan wang yang banyak. Jadi, PKS akan ketinggalan," kata beliau kepada pemberita di luar perundingan TPPA pusingan yang ke-18 di sini.

Bagaimanapun, Ahmad berkata Malaysia yakin yang para perunding, mewakili 12 negara termasuk pendatang baharu Jepun, tidak mengetepikan kepentingan PKS kerana kebimbangan itu turut dikongsi oleh negara peserta yang lain.

Selain Malaysia dan Jepun, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam turut menyertai perundingan itu, yang bermula pada 15 Julai.

Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, jawatankuasa Caucus itu telah bekerja keras mengumpul maklumat mengenai isu yang berkaitan dengan kepentingan Malaysia agar ia boleh dibincangkan di Kabinet.

Sementara itu, MP Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh berharap para perunding Malaysia akan mengemukakan isu yang hampir dengan Sabah dan Sarawak seperti hak milik adat dan pribumi dan isu-isu alam sekitar.

-- BERNAMA

No comments: