Wednesday, June 20, 2012

Usahawan dipelawa sertai Ekspo Halal di Maghribi

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm

Published: on 20 Jun 2012

Nora Aida Abdul Yazaid menunjukkan beberapa produk
 yang berpotensi dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

KUALA LUMPUR 19 Jun - WorldClass Trade and Industries (WorldClass) mempelawa usahawan produk makanan halal dan produk bukan makanan untuk menyertai Ekspo Halal Antarabangsa 2012 di Maghribi pada September ini.

WorldClass merupakan syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan perundingan profesional pengeluar produk tulen (OEM), promosi dan wakil ekspo antarabangsa.

Ekspo yang julung kali diadakan di Ministere des Habous dan Des Affaires Islamiques Centre Cultural et Administratif Meknes, Maghribi pada 13 hingga 15 September itu mendapat sokongan Meknes Investment (Centre Regional D'investissement) dan juga agensi lain yang terbabit.

Pengurus WorldClass, Nora Aida Abdul Yazaid berkata, Ekspo Halal Antarabangsa itu dianjurkan berikutan keputusan yang dibuat pada persidangan sektor halal di Konvensyen Perancis Maghreb 2011 di bawah naungan Baginda Raja Mohammed IV.

''Penyertaan usahawan Malaysia di dalam ekspo ini dapat mengetengahkan produk-produk halal dan perkhidmatan negara ini yang berpotensi, sekali gus mampu mempromosi serta memasarkan produk buatan tempatan untuk menembusi pasaran di negara berkenaan.

''Ini kerana Maghribi adalah 'pintu' bagi Arab Maghreb Union (UMA) serta negara-negara Eropah dengan penduduknya berjumlah 31 juta dan kira-kira 99 peratus rakyatnya beragama Islam,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Malumat lanjut boleh diperoleh di laman web: www.expo-halal-international.com atau hubungi talian 010-3400922 atau 010- 2813522.

Selain ekspo berkenaan, syarikat juga mewakili Asia bagi Ekspo Emas Saudi (11 hingga 13 November ini) di Jeddah dan Pameran Fesyen dan Aksesori Antarabangsa Ketiga pada 22 hingga 25 Disember di Jeddah, Arab Saudi.

No comments: