Wednesday, June 27, 2012

Satu Azam sasar RM1j

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/satu-azam-sasar-rm1j-1.61115

Published: on 27 Jun 2012
CONNIE S MONICAL
Satu Azam sasar RM1j
Antara produk makanan sejuk beku berasaskan 
bebola yang dikeluarkan Satu Azam Sdn Bhd.
PENGELUAR makanan sejuk beku berasaskan bebola, Satu Azam Sdn Bhd, berhasrat mencapai sasaran jualan RM1 juta sepanjang tahun ini.

Pengarah Urusannya Norazam Ahmad berkata, setakat ini, syarikat mampu menjana pendapatan RM400,000 sehingga RM500,000 setahun.

“Kami rancang memperluaskan pasaran ke seluruh negara sebelum berhasrat menembusi pasaran luar negara didahului Brunei dan Kemboja menjelang awal 2013.

“Bagaimanapun, kami perlu pastikan kapasiti pengeluaran mencukupi permintaan pasaran sedia ada dengan menggunakan mesin separuh auto dan auto,” katanya.

Menurutnya, pengeluaran sedia ada ialah 100,000 paket sebulan atau satu tan sehari bagi produk 400 gram dan produk Satu Azam kini boleh didapati di pasar raya Mydin dan pasar tani sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Kami juga dalam rundingan dengan pasar raya besar Carrefour bagi menambah pengedaran produk ke pasaran tempatan. Kami turut cari pengedar di kawasan Utara dan Timur,” katanya yang kini mempunyai pengedar sah di kawasan selatan.

Norazam berkata, Satu Azam turut menerima kemudahan mesin, pembungkusan daripada Lembaga Kemajuan Ikan ketika mula beroperasi dahulu.

Satu Azam Sdn Bhd adalah pengeluar dan pengedar makanan sejuk beku bagi produk bebola ikan, daging, ketam, sotong, udang dan ayam. 

No comments: