Tuesday, June 26, 2012

PKS terdedah ancaman bencana

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PKSterdedahancamanbencana/Article/index_html

Published: on 26 Jun 2012

SYMANTEC Corp peneraju global dalam penyediaan penyelesaian keselamatan, dalam Kaji Selidik Persediaan Bencana PKS 2012 mendapati perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia terdedah kepada ancaman bencana, tetapi belum bersedia menghadapi kesannya ke atas perniagaan.

Perunding Utama Symantec, Nigel Tan berkata, faktor menghalang tahap persediaan PKS mengakibatkan kerugian yang memberi kesan kepada hasil dan produktiviti apabila gangguan perniagaan berlaku.

“Organisasi di Malaysia pernah mengalami bencana beberapa tahun lalu yang mengakibatkan gangguan perniagaan. “Bencana sukar diramalkan dan boleh berlaku bila-bila masa, termasuk kesilapan manusia atau kegagalan sistem IT. PKS tidak mampu menanggung risiko kehilangan data perniagaan penting seperti rekod pelanggan, butiran kad kredit atau fail peribadi,” katanya. Menurutnya, penemuan kaji selidik Symantec menunjukkan trend konsisten dalam persediaan pemulihan bencana yang lemah di kalangan PKS di negara ini dan mengesyorkan PKS mengambil langkah perancangan mudah bagi melindungi maklumat mereka sekiranya berlaku bencana. Ini dapat membantu mereka memastikan hasil serta reputasi mereka tidak terjejas akibat sesuatu yang tidak diduga berlaku.

Walaupun terdedah kepada bencana, hampir 73 peratus daripada responden Malaysia berkata mereka tidak bersedia menghadapi bencana pada masa akan datang. Ketiadaan amalan asas menunjukkan kekurangan itu dan hanya 14 peratus daripada PKS mempunyai pelan pemulihan bencana dan sebahagian besar (74 peratus) membuat salinan data mereka kurang daripada sekali seminggu.

No comments: