Friday, June 8, 2012

Cloud permudah operasi data PKS

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CloudpermudahoperasidataPKS/Article/index_html

Published: on 08 Jun 2012

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) di negara ini memerlukan rumusan pengurusan data komprehensif bagi memenuhi keperluan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan laman sosial serta kerja yang dijalankan di luar pejabat membabitkan pertukaran maklumat kritikal.

Naib Presiden Pemasaran Perkhidmatan dan Cloud, IBM Corporation (IBM), Rich Lechner berkata, bagi tujuan itu, cloud adalah kaedah perkomputeran paling sesuai digunakan dalam menguruskan aplikasi dan penyelesaian maklumat yang banyak.

“Tulang belakang pengurusan data banyak bergantung kepada kekuatan aliran operasi perisian yang menyepadukan pusat data, storan atau sistem pelayan, sekali gus membantu mengurangkan pertindihan maklumat,” katanya selepas seminar Forum Cloud IBM-IDC di Kuala Lumpur, semalam.
Turut dihadir, Ketua Cloud Negara IBM Malaysia, Ku Chuan Cherng.

Beliau menyarankan PKS mengambil kesempatan ke atas pelbagai manfaat perkomputeran cloud bagi melicinkan operasi perniagaan.

“Kami jangkakan dalam masa beberapa tahun, kebanyakan syarikat di Malaysia akan beroperasi secara cloud,” katanya.


Sementara itu, Ku mengakui pertumbuhan perkomputeran di kalangan PKS masih rendah namun optimis ia akan dipacu penggunaan sistem terbabit oleh kerajaan.

“Apabila kerajaan memulakan inisiatif perkomputeran cloud kelak, kebanyakan PKS akan mula mengikut jejak langkah itu,” katanya.

No comments: