Thursday, June 14, 2012

KIP sedia kompleks perniagaan

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kip-sedia-kompleks-perniagaan-1.56191

Published: on 14 Jun 2012
Wartawan Sinar Harian

KIP sedia kompleks perniagaan
KIP Mart sentiasa dikunjungi pelanggan yang ingin membeli barangan
keperluan harian.
 
KIP sedia kompleks perniagaan
Autoshow antara aktiviti yang dianjurkan di KIP Mart.
 
 Bermula daripada Kepong Industrial Park Sdn Bhd yang memajukan Taman Perindustrian Kepong pada 1994, Kumpulan KIP melebarkan sayap ke selatan tanah air menerusi nama KIP Development Sdn Bhd pada1998.

Di sini, Kumpulan KIP sentiasa mengintai peluang perniagaan baru untuk diceburi. Melihat kewujudan sebuah pasar raya yang berkonsepkan operasi di bawah satu pembekal tunggal tempatan di Johor Bahru, memberi idea kepada  Kumpulan KIP menceburi satu bidang lain iaitu pengurusan kompleks perniagaan selain pembangunan hartanah.

Bermula dengan hanya membina dan menguruskan sebuah Komuniti Mart tempatan di Masai pada Ogos 2002 yang memberi peluang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpayung di bawah satu bumbung, kini ia semakin berkembang dengan tertubuhnya beberapa KIP Mart selepas itu.

Sehingga kini, Kumpulan KIP mempunyai empat cawangan di sekitar Johor iaitu di Masai, Tampoi, Kota Tinggi dan Segamat. Malah, syarikat ini turut memiliki sebuah pusat sehenti yang menjual keperluan rumah yang dikenali KIP  Home Mart.

Mengulas Johor Bahru sebagai lokasi operasi perniagaan KIP Mart, Pengurus Besarnya, Lim Han Gie berkata, syarikatnya melihat kesesuaian konsep sebegini dalam menampung keperluan keluarga khususnya.

Dalam masa sama, ia juga sesuai kerana digabungkan antara konsep pasar raya besar dan pasar raya kejiranan. “Justeru itu, pihak kami mula mengubah suai, mengembangkan dan menaik taraf konsep pasar raya komuniti di seluruh  Johor,” katanya.

Menurutnya, untuk sebuah projek pembinaan KIP Mart, Kumpulan KIP memperuntukkan antara RM20 juta hingga RM60 juta bergantung kepada keluasan tanah, dan lokasi kawasan. Sedia kompleks PKS berniaga Sebagai sebuah  pemaju hartanah pusat komersial dan syarikat pengurusan yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan operasi dan pengurusan pemasaran,

Kumpulan KIP sentiasa mementingkan bentuk perkhidmatan terbaik bukan sahaja kepada penyewa dan pelanggan tetapi juga kepada masyarakat.

Menurut Lim, Kumpulan KIP membantu merancang dan mempromosi perniagaan penyewa yang menyewa di bawah KIP Mart dan KIP Home Mart. Secara tidak langsung, ia membantu penyewa yang menjalankan perniagaan secara  ndividu.

KIP Home Mart, pusat sehenti keperluan rumah Selepas kejayaan Kumpulan KIP membangunkan KIP Mart, syarikat ini sekali lagi mengukuhkan perniagaannya apabila menubuhkan KIP Home Mart, pusat sehenti keperluan lengkap rumah yang terbesar dan pertama di Johor sekitar Mac lalu.

Terletak di Masai, Pasir Gudang dengan keluasan 133,000 kaki persegi di atas tanah seluas dua hektar, ia adalah premis pertama yang menyediakan semua aspek keperluan kediaman di bawah satu bumbung sesuai dengan pasaran  tempatan.

Lim berkata, KIP Home Mart menggunakan konsep yang sama seperti KIP Mart. Namun, apa yang membezakannya adalah ia gabungan peniaga, pengusaha kilang yang terdiri daripada kelompok perniagaan hiasan dalaman, perabot,  dan keperluan isi rumah.

“Dengan promosi dan pemasaran bersama, kami yakin dapat memberi nilai tambah di samping menyediakan suasana berbelanja yang selesa kepada pelanggan yang ingin mendapatkan keperluan barangan rumah mereka.

“Terletak di lokasi strategik yang menghubungkan Bandar Masai dan Pasir Gudang, KIP Home Mart juga akan menjadi platform terbaik bagi peniaga meluaskan pasaran produk mereka,” katanya. Optimis buka 20 KIP Mart Menjadikan  golongan pendapatan sederhana yang ingin mendapatkan keperluan harian sebagai golongan sasaran, Kumpulan KIP melihat prospek perniagaan ini akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Selain itu, syarikat ini juga meletakkan peratusan yang tinggi bagi tujuan promosi dan pengiklanan di media cetak dan elektronik. Malah, turut menganjurkan program cabutan bertuah setiap tahun bagi menghargai pelanggan yang  sentiasa menyokong selama ini.

Untuk tahun ini, Kumpulan KIP akan meneruskan aktiviti ini sekali lagi dan akan menyediakan dua buah kereta untuk diberikan kepada pemenang bertuah. Ditanya mengenai kemungkinan KIP Home Mart dibuka di tempat lain, Lim  berkata, Kumpulan KIP akan menyelaraskan KIP Mart dan KIP Home Mart di lokasi sama seperti di Melaka dan Senawang bagi memberi kelebihan antara satu sama lain.

Bagi meluaskan lagi operasi, Kumpulan KIP berhasrat untuk membina dua atau tiga KIP Mart menjelang hujung tahun. Namun, secara keseluruhan syarikat ini menyasarkan mempunyai sekurang-kurangnya 20 KIP Mart di seluruh  Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

No comments: