Friday, June 22, 2012

Smidex jana RM120j dalam sehari

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SmidexjanaRM120jdalamsehari/Article/index_html

Published: on 22 Jun 2012

PAMERAN Inovasi Smidex 2012 (Smidex 2012) yang bermula kelmarin, sudah berjaya menjana RM120 juta, terhasil daripada transaksi padanan perniagaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, dengan pencapaian yang diperoleh dalam tempoh sehari, beliau yakin transaksi lebih tinggi mampu dicapai menjelang hari terakhirnya, hari ini, sekali gus mengatasi pencapaian tahun lalu RM194.7 juta.

“Smidex bermula pada 1997 dan selepas 15 tahun berlangsung, ia masih lagi menjadi acara yang dinanti-nantikan orang ramai, bukan saja membuka lebih banyak hubungan perniagaan sebaliknya menawar peluang untuk perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) baru.

No comments: