Thursday, June 7, 2012

LivingSocial.com.my memanfaatkan ahli, usahawan

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/livingsocial-com-my-memanfaatkan-ahli-usahawan-1.54034

Published: on 07 Jun 2012
Wartawan Sinar Harian

LivingSocial.com.my memanfaatkan ahli, usahawan
Laman sesawang LivingSocial merupakan platform bermanfaat bagi ahli dan usahawan.

PELANCARAN LivingSocial.com.my sebagai aplikasi mudah alih percuma dilihat memanfaatkan ahlinya dan usahawan selari dengan gaya hidup pantas masa kini.

Pengarah Pemasaran LivingSocial Malaysia, Irene Foo berkata, teknologi serba baru itu menyediakan antara muka dan pelayaran yang mesra pengguna.

Menurutnya, ahli juga boleh memainkan peranan mereka dalam usaha membantu memulihara alam sekitar dengan menggunakan pilihan penebusan tanpa kertas iaitu mengemukakan
baucar menerusi telefon bimbit.

“Landasan baru ini juga menyediakan kemudahan pengesanan lokasi bagi memudahkan pelanggan menyemak dan merebut tawaran di kawasan berhampiran.

“Usahawan LivingSocial mendapat tahap pendedahan lebih tinggi dan kemudahan menggunakan pusat pedagang bagi menjejak jualan dan penebusan lebih ringkas serta senang,”
katanya.

Irene berkata, mereka juga boleh menawar dan memantau pelbagai tawaran sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Katanya, syarikat berbangga kerana Malaysia ialah negara pertama di Asia untuk menikmati landasan baru menerusi penyepaduan peranti mudah alih tersebut.

No comments: