Thursday, June 7, 2012

Rebut projek RM1.2 bilion

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RebutprojekRM1_2bilion/Article/index_html

Published: on 07 Jun 2012

USAHAWAN Malaysia, terutama Bumiputera digesa merebut peluang cadangan pembinaan projek monorel dan trem bernilai lebih RM1.2 bilion di Surabaya, Indonesia.

Presiden Saudagar Muda Minangkabau Jawa Barat Drs Subarman H Suhaimi Suan berkata, kepakaran Malaysia dalam sektor pengangkutan awam seperti monorel dapat digunakan bagi menjayakan kedua-dua projek itu. “Jika ada pihak dari Malaysia yang berminat untuk terbabit dengan projek itu, kita akan bawa mereka berjumpa terus dengan Wali Kota Surabaya,” katanya selepas sesi taklimat di pejabat Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di Kuala Lumpur, semalam.

Subarman mengetuai delegasi tujuh usahawan muda Jawa Barat dalam lawatan itu yang turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman mengenai hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Projek monorel dan trem, yang kedua-duanya sepanjang 40.7km bagi laluan Utara-Selatan dan 22.71km bagi laluan Timur-Barat itu dijangka bermula akhir 2013.

No comments: