Tuesday, March 12, 2013

MIDA Jalin Perkongsian Dengan Lima Syarikat Lancar Program CPD

Kuala Lumpur: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengadakan pakatan strategik dengan lima syarikat peneraju dalam industri seni reka, kejuruteraan, pembuatan dan pemasaran untuk memperkenalkan Program Pembangunan Produk Kreatif (CPD) bagi Pereka Bentuk Malaysia (CPD) yang mampu melonjakkan perolehan industri hiburan digital dan gaya hidup negara yang ketika ini mencecah RM10 bilion setahun.

Source from (Harian Metro): http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lonjakindustrirekaankreatif/Article/index_html
Published: March 12, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=933603
Published: March 12, 2013

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA Datuk Noharuddin Nordin berkata, program berkenaan diwujudkan untuk membantu penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara menghasilkan produk berinovasi bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata, sasaran pertama membabitkan pasaran hiburan digital dan gaya hidup dengan menyatukan reka bentuk berseni yang mengandungi ciri keunikan dan kekayaan budaya Malaysia dan teknologi elektronik serta digital yang dibangunkan di negara ini.

“Mengikut kaji selidik dilakukan IC Insights, pasaran hiburan digital dan gaya hidup (tidak termasuk komputer, tablet dan telefon pintar) global bernilai AS$170 bilion (RM528.7 bilion).

“Terdapat banyak pengusaha PKS yang mempunyai kebolehan reka bentuk yang baik di Malaysia. Bidang seni rekaan Malaysia kini mempunyai 35,000 pengamal yang menjadi tulang belakang untuk menjana perolehan tahunan RM10 bilion. Melalui program ini, kami sasarkan untuk membawa ekosistem industri ini ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada majlis pelancaran program berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Lima syarikat terbabit ialah PhisonTech Electronics (M) Sdn Bhd, Pensonic Holdings Bhd, FusionWave, EMTEC dan Cari.Com. Noharuddin berkata, syarikat atau perusahaan berdaftar yang menyediakan perkhidmatan reka bentuk perindustrian bagi tujuan pengeluaran besar-besaran dengan mengambil bekerja pereka bentuk Malaysia yang layak dan berdaftar dengan Majlis Reka Bentuk Malaysia (MDC) layak mendapatkan pengecualian cukai pendapatan terhadap 70 peratus pendapatan perkhidmatan masing-masing selama lima tahun di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA) 1986.

Foto
DARI kiri, Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic Holdings Berhad 
Dixon Chew, CEO Phison Tech Electronics (M) Sdn Bhd Datuk 
K S Pua, Noharuddin, CEO Emtec Inc Henri Vignat dan Pengarah 
Fusionware Creative Consultancy Sdn Bhd, Luk Chee Chew hadir 
ketika perasmian majlis.

“MIDA memperkenalkan sesetengah insentif cukai bagi menggalakkan perkhidmatan reka bentuk perindustrian. Komuniti reka bentuk yang berpecah itu perlu bersatu tenaga dengan jurutera reka bentuk perindustrian bagi meneroka perkhidmatan perundingan reka bentuk bersepadu di dalam ekosistem perindustrian di Malaysia,” katanya.

No comments: