Thursday, March 28, 2013

myNEF bangun 3,000 syarikat ICT Bumiputera

Kuala Lumpur: Yayasan Usahawan Baru (myNEF) menyasarkan 3,000 syarikat baru Bumiputera di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kreatif dalam tempoh tiga tahun lagi menerusi pelan pembangunan disusun pihaknya dalam tempoh berkenaan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/myNEFbangun3_000syarikatICTBumiputera/Article/index_html
Published: March 28, 2013

myNEF ialah yayasan pembangunan usahawan yang memfokuskan kepada segmen perniagaan industri ICT dan kreatif dan pihaknya menerima dana sebanyak RM50 juta daripada kerajaan untuk membangunkan pelbagai program keusahawanan, namun ia bukanlah diberi dalam bentuk geran atau pembiayaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Muhammad Ferdaus Johar berkata, myNEF ketika ini sudah menyediakan 12 jenis program pembangunan usahawan ICT dan industri kreatif yang menumpukan sudut rantaian perniagaan, pemasaran tempatan dan global serta memberi latihan untuk memastikan syarikat terbabit di dalam program itu mampu beroperasi dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata, tiga daripada 12 pelan itu ialah program saluran Digital Malaysia/EPP iaitu membantu syarikat Bumiputera ICT dan kreatif untuk menjadi pemilik projek untuk Program Digital Malaysia dan Projek Permulaan (EPP). “Kedua, kami memfokuskan kepada Program Peluang Perniagaan Digital Malaysia/EPP iaitu ia akan membantu syarikat bersaiz kecil dan sederhana untuk mengambil bahagian bagi menyokong pemilik projek Digital Malaysia di bawah syarikat Pembangunan Multimedia Sdn Bhd (MDeC) dan EPP yang mana keduanya di bawah kelolaan PEMANDU dan TERAJU.

“Ketiga, Program Rangkaian Pemasaran Kandungan Kreatif di mana ia bertujuan membantu usahawan Bumiputera untuk menembusi pasaran tempatan dan global, memaksimumkan nilai potensi harta intelek (IP) kreatif dan melaksanakan strategi pemasaran melebihi jangkaan jualan serta keuntungan,” katanya.

No comments: