Sunday, March 3, 2013

DDEC Anjur Seminar Outreach Penjenamaan Dan Reka Bentuk Di Daerah Pontian

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) menganjur seminar outreach penjenamaan dan reka bentuk, di Kukup Golf and Country Resort, Pontian, Johor, semalam.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=931228
Published: March 03, 2013

DDEC ialah anak syarikat milik penuh Mara di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pengerusi DDEC yang juga Anggota Undangan Negeri Kukup Datuk Md Othman Yusof berkata penganjuran seminar ini merupakan kesinambungan daripada siri latihan keusahawanan yang telah dianjurkan bersama Mara dan DDEC di lebih 24 lokasi di Malaysia bagi meningkatkan kualiti produk tempatan supaya dapat bersaing dan mendapat sambutan di pasaran.

Pada seminar ini, seramai 70 usahawan dari daerah Pontian dan kawasan sekitar mendapat latihan dan Konsultasi, kata DDEC dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya peserta seminar kali ini juga mendapat pendedahan tentang penting pembangunan jenama dan pembungkusan oleh Pengurus Pejabat Cawangan DDEC Johor.

"Selain itu, peserta juga diberikan logo yang telah diedit oleh DDEC untuk digunakan oleh usahawan bagi memastikan produk-produk usahawan tempatan mempunyai identiti tersendiri dari segi penjenamaan," kata DDEC.

-- BERNAMA 

No comments: