Sunday, March 24, 2013

Teknologi Hijau rantau ASEAN

RHB Bank Berhad menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) bagi menyediakan dana untuk projek berkaitan teknologi hijau untuk rantau Asean.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TeknologiHijaurantauASEAN/Article/index_html
Published: March 24, 2013

Pengarah Urusan RHB Johari Abdul Muid berkata, perjanjian berkenaan antara lain adalah untuk membiayai mana-mana syarikat yang ingin menjalankan projek berkaitan teknologi hijau khususnya dalam usaha memelihara alam sekitar.

“Ini adalah kerjasama pertama seumpamanya di rantau ini dan kami yakin ia adalah langkah pertama dalam menggalakkan lebih banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau syarikat korporat menjalankan projek dalam kategori ini,” katanya selepas majlis menandatangani MoU yang diadakan di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai permulaan, kedua-dua pihak mengeluarkan peruntukan sehingga RM305 juta dan jumlah berkenaan dijangka akan bertambah bergantung kepada sambutan yang diterima.

“Setakat in terdapat dua syarikat akan menerima dana ini dengan anggaran RM152.5 juta bagi setiap projek.

“Kedua-dua projek ini akan dijalankan di Malaysia, namun secara umumnya pembiayaan ini tidak hanya terhad untuk syarikat tempatan atau dari Jepun saja sebaliknya turut ditawarkan untuk mana-mana syarikat di rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan Kanan JBIC, Fumio Hoshi berkata, dana berkenaan dijangka akan ditambah ke jumlah RM610 juta dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.

“Dana ini bukan pembiayaan mudah kerana kami perlu meneliti projek yang ingin dijalankan dan apa yang membuatkan ia boleh dikategorikan sebagai projek berkaitan teknologi hijau sama ada berkaitan rawatan air, biomas, bioperubatan atau hidro.

“Kerana itu sebagai permulaan, kami hanya memberikan dana untuk dua projek saja dan satu lagi projek akan menyusul kemudian,” katanya.

No comments: