Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pikat10_000pelangganPKS/Article/index_html
Published: September 18, 2012
PACKET One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1), penyedia jalur lebar 4G
pertama negara yakin produk khusus bagi segmen perniagaannya, ForBiz
Fiber P1 dapat menarik minat lebih 10,000 pelanggan perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) dalam 12 bulan akan datang.
Produk Internet fiber yang direka khas untuk PKS itu diperkenalkan
awal Ogos lalu dan menawarkan rangkaian jalur lebar terpantas selain caj
termurah serendah RM99 sebulan membabitkan beberapa pelan seperti
RM199, RM229 serta RM429 masing-masing bagi pakej 10 hingga 20 Megabit
sesaat (Mbps).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Lai berkata,
serentak pelancaran pelan perniagaan itu, pihaknya turut menjelajah di
beberapa lokasi utama di seluruh Malaysia bagi menganjurkan seminar
khusus kepada PKS.
No comments:
Post a Comment